TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 83)
Berhijrah ke Wollongong, Australia (2 )
Fokus pertama di tempat baru adalah kenderaan, rumah tempat tinggal & pendidikan anak2. Saya tidak bekerja di Australia. Syarikat saya di KL & Dubai beroperasi macam biasa. Saya mengawal perjalanan syarikat melalui komunikasi teknologi. Buat pertama kali saya rasa hidup sebagai seorang pelancong. Tidak perlu berpakaian pejabat.
Kenderaan sudah ada. Banyak membantu pengerakan kami sekeluarga. Teksi di sini mahal. Kenderaan teksi cantik, besar & selesa. Grab belum ada lagi. Ahhh.
Alhamduilliah, di minggu kedua, Awfa sudah mula ke sekolah. Dia senang bergaul. Pengalaman belajar dua tahun di Dubai menjadikan dirinya confident & versatile. Kawan baiknya dari Vietnam. Selalu datang ke rumah kami. Mereka masih berkawan sampai sekarang.
Kami sekeluarga mencari rumah setiap hari. Pengalaman menarik. Agen hartanah profesional. Yuran pun 'profesional'. Saya ada check list. Rumah kena ada tiga bilik. Dekat dengan laluan bas universiti.
Alhamdulillah, kami dapat rumah sewa yang baru siap dengan dua ciri ini. No 14. Dua tingkat. Tingkat bawah ada ruang tamu, ruang makan, dapur serta garaj kereta yang besar. Garaj kereta menjadi tempat makan2 pelajar Malaysia di sini.
Tingkat atas ada 3 bilik serta balkoni. Bila dah dapat rumah, kami buat shopping perabut pula. Teruja sangat meninjau dari sebuah kedai ke sebuah yang lain. Kami sediakan perabut asas untuk hidup di sini. Walaupun rumah tidak besar mana, ia cukup berfungsi. Functional. Dalam kehidupan pun, tak penting pangkat, kedudukan atau kemewahan hidup. Yang penting hidup bermakna & bertujuan. Meaningful & purposeful.
Memang Wollongong sebuah bandar pantai yang cantik. Pantainya panjang dan putih. Ombaknya kuat sesuai bagi aktiviti surfing. Anak lelaki saya Atiqie suka & berani aktiviti ini. Saya hanya berjogging di sepanjang pantai. (foto adalah tempat R&R antara Sydney-Wollonggong berlatarbelakangkan pantai Wollongong).
Masalah kedua saya di sini masa matahari terbit di sini lebih awal beberapa jam dari Malaysia & Dubai. Masa kerja saya lebih panjang bagi menyantuni kerja2 pejabat.
Apa2pun kehidupan di sini tenang sangat. Laid back.
MDB